Anugerah Shawal di Bumi Arab (1)

 Assalamualaikum w.b.t .

 Bila mana terdengar suara azan Maghrib 1 Shawal tahun ini, secara rasminya saya beraya sebagai seorang perantau. Bukan merantau kerana bekerja tapi merantau sebagai seorang student di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kalau nak kira ini kali ke-3 saya terpaksa beraya jauh dari keluarga tercinta yang berada di Tanah Malaya sana. Setiap kali tiba Aidiladha dan Aidilfitri, laungan Takbir Raya versi alunan Malaysia akan kedengaran di Masjid Jamiah Yarmouk ini. Bro, hati mana tak terusik bila alunan takbir itu seakan-akan kita berada di Malaysia tapi gosoklah mata banyak kali pun aku tetap kat bumi Jordan. Haha.


Seusai Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamiah Yarmouk



 Jauh dari keluarga di Malaysia tak bermakna saya tiada keluarga di sini. Senior, junior, kawan-kawan, arab-arab inilah keluarga kedua saya masa kat bumi orang ni. Sungguh rasa kesedihan tak dapat bersama keluarga di Malaysia terubat. Syukur pada Tuhan masih lagi dapat merasa nikmat anugerah Shawal bersama mereka berkongsi suka & duka bersama.

" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ..." 49:10


Sebahagian dari sahabat-sahabat a.k.a Keluarga di Jordan

 " Mesti kat negara Arab tak merasa rendang/satay/ketupat/lemang .... bla3x "

  " Akhi, siapa kata kat sini takde makanan-makanan tu ? "

 :p

  ...

 bersambung Anugerah Shawal Di Bumi Arab (2)

0 comments:

Post a Comment

 

Meet The Writer

Ahlein. I'm Faiz Fathullah. I want to appreciate every sec moments of my life so i decided to freeze it inside a photo. Happy Exploring :)