Anugerah Shawal Di Bumi Arab (2)

 Kebiasaannya suasana masyarakat tempatan Jordan menyambut Aidilfitri tidak seberapa meriah jika mahu dibandingkan dengan Tanah Air kita. Mereka tiada pelita minyak tanah, ketupat daun palas, rendang daging, lemang jangan cakap la, pokok buluh mana yang hidup tengah-tengah padang pasir. Tapi bila sebut sahaja bulan Ramadhan, suasana di sini memang sangat mengujakan. Mereka betul-betul buat amal ibadah habih reng (sungguh-sungguh) di bulan ini terutama sekali pada malam 27 RamadhanSesungguhnya ketibaan Shawal merupakan kemenangan bagi setiap hamba Allah yang berjaya melalui ujian madrasah Ramadhan.  Saya doakan kepada para pembaca sekalian mendapat ganjaran & keredhaan Allah S.W.T semasa mengerjakan segala amalan soleh di bulan yang mulia itu. 



Pagi 1 Shawal 1436 H

 Dalam entri yang lepas saya ada tulis waktu raya dekat sini memang akan dapat makan satay dan makanan-makanan lain. Kerana kami komuniti pelajar Malaysia dekat sini akan buat rumah terbuka. Rasa memang macam kat kampung sendiri dah. Kadang-kadang dalam sehari akan ada hingga 7 atau 8 rumah terbuka. Keluar pagi sampai malam baru balik. Terima kasih la dekat sesiapa yang dah menjemput haritu. :D



Sejenis makanan bernama Satay

 Hari Raya Kedua, alhamdulillah EXITO (nama batch) menganjurkan majlis sambutan raya. Dari malam raya pertama lagi sampailah sebelum majlis kami merewang & sediakan juadah raya. Hasilnya terwujudlah beberapa makanan bernama satay, rendang, nasi himpit, laksa dan lain-lain.




Proses pembakaran satay oleh Syarif (depan) & Anas (jersi)

 Program Raya kami buat dekat Padang Yarmouk Universiti. Terima Kasih tidak terhingga kepada Lufty Hafizi selaku Pengarah Program Raya Exito dan kepada semua AJK-AJK yang dah bertungkus-lumus untuk memastikan supaya raya kami di perantauan semeriah raya di Malaysia. Alhamdulillah syukur. Saya selitkan dibawah beberapa keping gambar sepanjang program raya. 



Lufty (Pengarah)

 Sampai di sini sahaja dulu post untuk kali ini. Doakan saya supaya rajin me"update" post2 di blog ini. Amin. Selamat berpuasa sunat 6 hari di bulan Shawal

Ciao ! ^_^

nak pergi studi, minggu ni last paper first exam. Mohon tembakan doa daripada semua. ;)

0 comments:

Post a Comment

 

Meet The Writer

Ahlein. I'm Faiz Fathullah. I want to appreciate every sec moments of my life so i decided to freeze it inside a photo. Happy Exploring :)